Friday 30 September 2011

Love goes around, come around





"I've emailed you the details. Anything you do, please don't ask him about his personal life." sekali lagi Azman mengingatkan aku. Puas dia memujukku supaya mengambil alih urusan perniagaan dengan kliennya yang satu ini. Kalau bukan kerana kasihan, pasti aku tidak akan terima. Tapi kemalangan yang menimpa anak dan isteri Azman tentu sekali bukan sesuatu yang dia pinta, oleh itu aku ikhlas ingin menolong dia. "Oh, and I hope you like kids. Good luck!" katanya sepintas lalu. Azman meninggalkanku terpinga-pinga di foyer bangunan pejabat 14 tingkat itu.

"Rin, cancel my meeting petang ni dan pagi esok, I nak ke KLIA. Jemput klien dan uruskan penginapannya di sini." Pesanku pada setiausahaku. "Ok Miss Aira, and Mr. Azman called just now. He wants me to inform you, he has safely arrived in Singapore" balas Rina. Aku sekadar mengangguk tanda mendengar pesanan itu. Jam menunjukkan pukul 4.00 petang. Aku diberitahu oleh Azman bahawa penerbangan kliennya itu akan tiba pada pukul 6.30 petang. Masih sempat untuk aku bersolat Asar sebelum bergerak ke KLIA.

Setengah jam selepas aku tiba di lapangan terbang, ketibaan pesawat MAS dari Scotland diumumkan. Aku segera ke balai ketibaan, walaupun aku sendiri tidak pasti bagaimana rupa klien ku itu, yang pasti aku telah menulis namanya pada sehelai kertas A4 agar dia dapat melihatku. 10 minit menunggu, tapi masih belum ada seorang pun yang datang menghampiri aku. Penatnya menunggu..

"Miss Aira?" tegur seorang lelaki berbangsa Inggeris yang datang menghampiriku. Tinggi lampai, berseluar slack hitam dan berbaju sejuk bewarna biru. "Mr William? Welcome to Malaysia" balasku sedikit ragu-ragu. Pandanganku tertarik kepada sebuah baby carrier yang dibimbit dengan tangan kanannya. Seorang bayi sedang nyenyak tidur di dalamnya. Alahai, comelnya baby ni, ikutkan hati ingin saja aku cium pipinya yang gebu itu. Pada pandanganku, bayi itu dalam lingkungan usia 4 atau 5 bulan. "If you don't mind, I need to go to the restroom before we go, can you look after my daughter for a while?" ujarnya menghentikan langkahku sebelum menghala ke pintu keluar. Aku mengangguk dan segera mengambil baby carrier tersebut daripadanya. Lembutnya pipi baby ni! Wangi!
__________________

"Call me Will, and I've been here before, so you don't have to guide me. It's all business" katanya padaku dengan nada sedikit tegas. Aku jadi kaget, mungkin dia penat dan mungkin aku terlalu banyak bercakap... mungkin.. Aku terus membisu dan menumpukan perhatianku pada arah pemanduan. Kondominium Tiara, Bukit Damansara, di situlah William akan menetap selama dia berada di Malaysia. Selama 2 bulan akan datang, aku lah yang akan melayan kerenahnya. Apa lah sangat uruskan klien macam ni? Aku sendiri dah banyak pengalaman dengan klien dari luar Negara.

Setiap hari aku dan William akan bertemu untuk menyelesaikan projek kami. Dia seorang arkitek, aku pula seorang interior designer. Banyak percanggahan idea antara kami berdua, tapi setakat ini semuanya mampu di atasi dengan diplomasi. Setiap perbincangan yang dia hadiri, dia pasti membawa si comel itu bersama. Sudah dua minggu dia di sini, pernah juga aku tawarkan untuk mencari pengasuh sementara, tapi dia menolak tawaranku. Dia lebih senang menjaga permata hatinya itu sendiri.

Melissa Tahera. Bayi perempuan yang comel, pipinya putih gebu, dan apabila dia ketawa kecil, terlihat lesung pipit di pipi kanannya. William jarang berbual tentang cahaya matanya itu, tapi melihatkan gayanya menguruskan Melissa, nyata dia tidak kekok. Ingin juga aku bertanya tentang ibunya, atau lebih tepat, isterinya. Menurut akal ku, Melissa masih terlalu kecil untuk berpisah dengan ibunya untuk tempoh yang agak lama. 2 minggu dia berulang alik membawa si kecil itu ke pejabatku, membuatkan aku kagum dengan kemampuannya sebagai seorang bapa.
__________________

"Aira can I come over to your place? Melissa wont stop crying. I brought her to the clinic, but the doctor said she's fine. There's nothing I can do to calm her down." Terdengar keresahan dalam nada suara William di hujung talian. Aku bersetuju supaya dia membawa Melissa ke rumahku. Aku sendiri tidak pasti apa yang aku mampu lakukan nanti. 15 minit selepas mendapat panggilan, dia muncul di hadapan rumahku. Melissa masih menangis sekuatnya di dalam dukungan William. Keresahan Will benar-benar terpampang pada air wajahnya. Mukanya yang putih, menjadi merah dan terlihat juraian peluh di dahinya.

"She doesn't have fever. No sign of empty stomach. Where were you before she started crying?" soalku sambil cuba mencari punca si kecil itu menangis."I was driving down from Perak when she suddenly started screaming. I thought she was bitten by some bug, so I brought her straight to the clinic as soon as I reached KL, but it seems that there's nothing wrong and she just wouldn't stop crying." Will menerangkan satu persatu yang berlaku. Dalam keadaan tidak senang duduk, mujur aku teringat pesan nenek, kalau bayi tak berhenti menangis, mungkin dia ternampakkan sesuatu yang kita tidak nampak. Aku cuba bacakan Surah Al-Fatihah dan ayat Kursi pada telinganya, dan ku raut wajahnya dengan sedikit air. Alhamdulillah.. surut juga tangisan Melissa. Setengah jam kemudian, akhirnya Melissa berhenti menangis.Aku dan William menarik nafas lega.

"Where did you learn to do that?" nyata dia ingin tahu. "From my grandma, well it doesn't work without faith, Will" jawabku ringkas. Tiada penjelasan lain, tapi aku yakin, jika kita berserah kepadaNya, pasti Allah akan membantu. Kesian bayi kecil itu. Pastinya dia penat kerana menangis dari petang tadi hingga hampir ke larut malam. "Anyway, thank you so much. I don't know how to thank you more. Oh.. and, I think i'll take the day off tomorrow. Goodnight. Assalamualaikum" katanya sebelum meninggalkan rumahku.
_____________________

Masih terngiang-ngiang di cuping telingaku. Dia mengucapkan salam? Atau aku tersalah dengar. Hm.. mungkin dia beragama Islam. Patutkah aku bertanya, atau aku akan menceroboh hal peribadi dia? Lagipun Azman sudah memberitahuku lebih awal supaya tidak bertanya hal peribadi kepada William. Aku perlu berpegang pada janji. Sedang aku sibuk memikirkan segala kemungkinan tentang William, terdengar suara Rin menghubungiku melalui interkom. "Miss Aira, do you have any plan for lunch? Mr William asked me to arranged a lunch date with you?" Tanya Rin, meminta kepastian. Peluang yang tak akan aku lepaskan, pastinya aku gembira jika dapat bertemu si kecil itu! atau mungkin si dia...?


"How are you today my darling? You look so pretty in pink!" agahku pada Melissa. Seronok aku melihat dia tertawa, anak matanya yang berwarna perang itu bersinar-sinar apabila dia ketawa. William hanya membiarkan aku bermain dengan anaknya sementara menunggu pesanan makanan kami tiba. Aku pula tidak kekok jika diberi peluang bermain dengan anak kecil. Mungkin kerana dari kecil lagi aku gemar bermain dengan bayi, kerana senyum dan tawa merekalah yang paling membahagiakan aku. "Aira, thanks for last night." Dia memulakan perbualan. Aku meletakkan Melissa di dalam baby carriernya dan duduk menghadap William. "Not a problem. I'm glad that I could help." Balasku ringkas. Ingin juga aku bertanyakan latar belakang dirinya, tapi aku cuba untuk menghormati haknya sebagai klien. Mungkin dia akan menceritakannya satu hari nanti. Tambahan pula, dia masih akan berada di sini untuk beberapa minggu. Pertemuan ini mungkin permulaan bagiku untuk mengenali dia.
_____________________
Sebulan berlalu, dan William akan pulang ke Scotland dua minggu lagi. Kami semakin akrab. Mungkin masa memberikan kami ruang untuk mengenali antara satu sama lain sebagai sahabat. Setiap hujung minggu, dia akan mempelawa aku keluar berjalan-jalan bersama dia dan Melissa. Aku tahu, aku harus menjaga batasku kerana dia masih klien di syarikat aku bekerja. Tambahan pula, aku masih jauh dalam mengenal hati budinya. Dia tidak pernah menceritakan tentang agamanya, keluarga dan isterinya padaku, yang jelas, tempoh sebulan masih terlalu singkat untuk membuat aku tertarik padanya. Nasib baik. mana mungkin aku boleh tertarik pada suami orang! Aira, jangan nak buat hal, cukuplah dapat bermain dengan si kecil itu.

Projek kami siap beberapa hari lebih awal daripada tarikh yang dijadualkan. Ini bermakna, hari ini hari terakhir dia akan masuk ke pejabatku. Pengalaman yang menarik bagiku, kerana kebanyakan klienku sebelum ini tidak seakrab aku dan William. Kami banyak persamaan dari segi minat terhadap seni bina, tempat pelancongan dan juga masakan di Malaysia. "Aira, i'm going back tonight" katanya kepadaku selepas mesyuarat kami yang terakhir. Tapi, sepatutnya dia masih ada beberapa hari di sini? Kenapa dia perlu segera pulang? Kenapa aku jadi sayu mendengar ayatnya itu? "Really? that is soon, but i'm sure your family is missing Melissa badly. it's a great idea that you go back sooner" Aku berpura-pura gembira untuknya, sedangkan hatiku sendiri tidak pasti apa perasaanku sebenar. Dia hanya membalas kata-kataku dengan senyuman. Senyuman yang pasti mengambil masa bertahun-tahun untuk aku lupakan.

Aku mengambil keputusan untuk tidak menghantar dia ke KLIA. Cukuplah perkenalan kami di situ. Memang manis, tapi aku tidak mahu hatiku terluka sendiri. Mungkin Tuhan memberikan aku peluang untuk merasai apa yang aku rasai, tapi aku tidak mahu sesuatu yang lebih daripada yang ada. Kata orang tua-tua, jangan terlalu suka, nanti akhirnya berduka. Dan aku tidak mahu keseorangan andai aku berduka.
_____________________

Hampir 2 tahun telah berlalu, hari ini aku terkejut apabila mendapat e-mail daripadanya. E-mail yang menceritakan khabar dia dan Melissa, beserta gambar gadis cilik itu. Melissa sudah semakin besar dan comel. Aku jadi rindu, tapi aku tidak mahu membalas e-mail dari Will. Kini aku tunangan orang. Zarif begitu menyayangiku walaupun aku masih belum dapat memberi hatiku keseluruhan untuknya. Aku akan cuba menjadi orang yang bersyukur. Gembira dan bersyukur atas apa yang aku miliki hari ini. Tapi usahaku menjadi semakin sukar apabila William mengkhabarkan padaku dia akan kembali ke Malaysia dan dia ingin berjumpa denganku. Tapi, untuk apa?

Hari ini aku bertemu juga dengan dia. Dia menjelaskan segala-galanya dan hatiku menjadi bertambah celaru. Kenapa terlalu lama masa yang dia ambil untuk menjelaskan keadaan dirinya. Aku bakal berkahwin dengan Zarif, walaupun kami masih belum menetapkan tarikh perkahwinan, tapi aku pasti menjadi bahan umpatan saudara maraku nanti jika aku mengambil keputusan untuk memutuskan pertunangan kami. Salah aku juga kerana menerima lamaran Zarif tanpa berfikir panjang.

Zarif, maafkan aku. Mama, abah, maafkan sikap Aira dan keputusan yang bakal Aira ambil nanti.
_____________________

Genap setahun ulang tahun perkahwinan aku dan dia. Aku kini bahagia menjadi isteri kepada Adam William McBrian dan Ibu kepada Melissa Tahera binti Adam William. Mama dan abah juga sudah menerima keputusanku setahun lalu dengan baik. Mereka mahu melihat aku bahagia, dan mujur Zarif faham akan penjelasanku, dia juga tidak mahu aku menipu perasaan aku sendiri. Aku bersyukur kepada Tuhan kerana mengurniakan keberanian kepada Adam untuk menerangkan padaku, keadaan sebenar hidupnya..

Adam pernah berkahwin dengan seorang wanita berbangsa Cina yang berasal dari Taiping. Mereka berdua memeluk agama Islam sebelum mereka mengambil keputusan untuk bernikah. Keluarga isterinya tidak boleh menerima keputusan anak mereka, Qistina. Lalu Adam telah mengambil keputusan untuk membawa Qistina menetap di Scotland bersama keluarganya. Tapi Allah Maha Kuasa, jodoh mereka tidak panjang, Qistina mengalami komplikasi ketika melahirkan Melissa. Setelah kehilangan isterinya, Adam juga seperti hilang arah. Dia cuba melupakan segala kenangannya di Malaysia. Tapi takdir membawa dia pulang ke Malaysia atas urusan kerja. Takdir juga yang menemukan Melissa dengan keluarga arwah isterinya. Tapi dia masih tidak pasti jika dia mampu mencintai orang lain selain arwah Qistina. Yang pastinya, dia juga dapat merasakan keakraban antara dia dan aku, tapi dia tidak punya keberanian, sehinggalah dia mendapat berita ibu Qistina meninggal dunia, dan permintaan terakhirnya adalah untuk Adam membesarkan Melissa mengikut ajaran agama Islam. Adam yakin bahawa itulah petunjuk dan kekuatan untuk dia menghubungi aku semula. Kini dia dan aku bahagia, sama-sama saling mempelajari dan aku gembira melihat Adam berusaha menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang ketua keluarga. Melissa juga gembira menerima aku sebagai Mamanya, tambahan dengan berita dia bakal menerima adik baru. Sesungguhnya aku bersyukur kepadaMu atas kurniaan ini, ya Allah...